sokka & gee . WAU! its all about me & other me & lot sof me!

PUASA @ DIABETIC

KHAS UTK YG ADA DIABETIC @ KENCING MANIS

kurangkan manisan dalam makan dan minuman,

namun perbanyakan  manisan dalam semyuman anda.

sekian wassalam.

 Latihan Berpuasa: Cabaran Utama.

PUASA boleh mendatangkan mudarat kepada pesakit jika langkah
kawalan tidak diambil.

Antara masalah yang kerap dialami pesakit kencing manis ketika berpuasa
ialah hipoglisemia (paras gula dalam darah terlalu rendah), hiperglisemia
(paras gula terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air) sehingga boleh
menyebabkan pesakit pengsan dan koma.

Ada pula yang bertanya, bolehkah pesakit kencing manis berpuasa? Kajian di
13 negara membabitkan 12,243 pesakit kencing manis mendapati, berpuasa boleh
menyebabkan komplikasi jangka pendek. Namun pesakit boleh berpuasa jika
penyakit terkawal, iaitu paras gula darah dalam lingkungan selamat
(kira-kira 5.8 mmol/liter).

Perunding Endokrinologi Hospital Pusrawi, Dr Mazidah Mohd Zain, berkata
Rejab dan Syaaban masa terbaik untuk pesakit membuat persediaan menghadapi
Ramadan dengan melakukan beberapa perubahan, terutama daripada segi
pemakanan dan pengambilan ubat.

oUR country  ada lebih 1.2 juta pesakit kencing manis dan yang membimbangkan
ialah, separuh tidak menyedari mereka menghidap penyakit ini kerana ia tiada
tanda jelas. Tahun lalu saja 650,000 kes baru dilaporkan dan angka ini
dijangka terus meningkat jika kita tidak bersedia mengubah gaya hidup ke
arah lebih sihat.

Kajian membuktikan kencing manis boleh diwarisi dan individu yang ada ibu,
bapa, datuk atau nenek menghidap penyakit itu berisiko hampir 100 peratus
menghidap penyakit sama berbanding orang yang tiada sejarah kencing manis
dalam keluarganya.

once you menghidap kencing manis, secara automatik kualiti kehidupan terjejas
dan jangka hayat lebih pendek berbanding orang sihat.

Puasa adalah ibadat dan amalan baik untuk pesakit kencing manis, terutama
yang turut ada masalah berat badan berlebihan. Bagaimanapun beberapa garis
panduan perlu dipatuhi sebelum seseorang pesakit dibenarkan berpuasa supaya
ibadat itu tidak memudarat dan membahayakan nyawanya.

Dua cabaran utama pesakit kencing manis pada bulan puasa ialah pertama,
kawalan pengambilan ubat atau suntikan insulin kerana
pada hari biasa ia
dilakukan pada waktu siang. Cabaran kedua ialah masalah hipoglisemia,
hiperglisemia atau dehidrasi yang boleh berlaku bila-bila masa ketika
berpuasa.

Untuk membolehkan seseorang pesakit berpuasa, penyakitnya perlu dalam
keadaan terkawal dan tahap gula dalam paras sasaran iaitu 5.8 hingga 8
mmol/liter. Jika paras gula pada tahap ini, pesakit boleh berpuasa tanpa
masalah,

Bagi pesakit yang kurang patuh kepada penjagaan makan dan kawalan paras gula
dalam darah, ini masa terbaik untuk memulakan program kawalan bagi mengelak
terpaksa ‘ponteng’ puasa pada Ramadan.

Pengertian isteri mithali moden perlu diubah sedikit kepada isteri yang
bukan saja pandai memasak tetapi bijak menjaga pemakanan keluarga bagi
mengelak masalah jantung, obesiti, kencing manis atau kerosakan buah
pinggang.

Penjagaan makanan ini penting untuk mengekalkan kesihatan seisi keluarga
dan mengurangkan risiko mendapat kencing manis. Malah, isteri atau suami
perlu memastikan pasangan yang menghidap penyakit mematuhi jadual
pengambilan ubat dan menggalakkan mereka bersenam supaya penyakit dapat
dikawal dengan lebih baik.

Pesakit yang ingin berpuasa mestilah:

a.. Bersahur (lebih baik jika melambatkan sahur).

a.. Menyegerakan berbuka.

a.. Makan ubat atau menyuntik insulin mengikut nasihat doktor.

a.. Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam.

a.. Kurangkan makan makanan manis.

a.. Mengawal penyakit dengan baik.

a.. Mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi.

a.. Segera berbuka apabila mengalami tanda komplikasi sama ada hipoglisemia,
hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Jika
ini berlaku, anda tidak diwajibkan berpuasa.

a.. Mengubah suai dos ubat atau insulin dan waktu untuk mengambilnya.
Pesakit yang mengambil ubat makan berbuka puasa dengan makan ubat dan minum
air terlebih dulu. Selepas 15 minit baru diikuti dengan makan nasi atau
makanan berat lain. Manakala insulin pula perlu disuntik 15 minit sebelum
azan Maghrib. Namun, insulin generasi baru (yang bertindak segera) boleh
disuntik sejurus sebelum berbuka.

Pesakit yang boleh berpuasa diingatkan untuk:

a.. Timbang berat badan pada awal Ramadan (pastikan tiada kenaikan atau
penurunan berat badan yang mendadak).

a.. Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam.
Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambah berat badan dan menyukarkan
kawalan diabetis.

a.. Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mendatangkan
kemudaratan. Sebaik-baiknya kekalkan gaya hidup aktif sepanjang Ramadan.
Untuk mengelak masalah, pesakit perlu melakukan perubahan pada gaya
pemakanan dan dos ubat mengikut nasihat doktor.

a.. Mendapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos dan waktu
pengambilan ubat. Ubat yang diambil pada sebelah pagi (ketika tidak
berpuasa) ditukar ke waktu berbuka. Manakala ubat yang diambil sebelum makan
malam pula perlu diambil sebelum bersahur.

Ketika berpuasa, pesakit perlu mengurangkan dos ubat bagi mengelak masalah
hipoglisemia. Bagaimanapun, bincang dengan doktor mengenai perubahan dos
ubat ini kerana sesetengah jenis ubat seperti metformin dan rosglitazone
secara amnya kurang menyebabkan hipoglisemia.

a.. Bagi pesakit yang mengambil insulin, dos dan waktu suntikan perlu diubah
mengikut arahan doktor berdasarkan ujian paras gula dalam darah pada
permulaan puasa. Perubahan ini boleh dilakukan seperti:

a.. Tiga kali suntikan – Dua dos insulin yang bertindak segera ketika
berbuka dan sebelum sahur, serta satu dos insulin yang bertindak lama
sebelum tidur.

a.. Dua kali suntikan – Satu dos insulin yang dicampur ketika berbuka
(dengan dos sama pada pagi tidak berpuasa) dan satu dos insulin yang
bertindak segera sebelum bersahur.

Ketika berpuasa, beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu tanda
hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidarasi kerana ia boleh membahayakan
nyawa pesakit.

Tanda hipoglisemia

a.. Menggigil.

a.. Terlalu lemah.

a.. Sangat lapar.

a.. Berpeluh-peluh dan terasa seram sejuk.

a.. Pucat.

a.. Berdebar-debar.

a.. Gelisah.

a.. Koma (keadaan terlalu teruk).

Tanda hiperglisemia

a.. Kerap buang air kecil.

a.. Terlalu dahaga.

a.. Sangat letih.

a.. Terasa sesak nafas.

Tanda dehidrasi

a.. Sangat dahaga.

a.. Kulit dan lidah menjadi terlalu kering.

a.. Fikiran terganggu dan sukar menumpukan perhatian.

Pesakit tidak dibenarkan berpuasa jika:

a.. Penyakit tidak terkawal kerana dikhuatiri menyebabkan komplikasi dan
mendatangkan bahaya.

a.. Tidak mematuhi nasihat penjagaan pemakanan, pengambilan ubat dan
insulin.

a.. Mengalami komplikasi kencing manis yang serius seperti sakit jantung,
tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

a.. Kerap mengalami koma diabetik ketoasidosis. Ini keadaan kecemasan
disebabkan hiperglisemia dan boleh membawa maut. Ia berlaku disebabkan badan
kekurangan insulin untuk mengangkut gula dalam darah ke dalam sel dan
digunakan sebagai tenaga.

Untuk terus berfungsi, badan menggunakan lemak sebagai tenaga tetapi pada
pesakit kencing manis, lemak ini ditukar ke dalam bentuk keton. Masalahnya,
badan menggunakan keton dengan perlahan dan menyebabkan paras keton dalam
darah meningkat dan memasuki air kencing. Apabila memasuki air kencing, ia
menarik banyak air dari badan untuk dibuang dan menyebabkan pesakit
mengalami kekeringan sehingga boleh pengsan.

a.. Kerap mengalami koma hipoglisemia.

a.. Sedang mengalami jangkitan kuman.

a.. Pesakit tua yang tinggal sendirian.

a.. Pesakit wanita hamil yang memerlukan suntikan insulin.

a.. Pesakit berusia kurang 12 tahun.

Penjagaan pemakanan

Secara umumnya pemakanan ketika bulan puasa sama seperti hari lain, cuma
pesakit diingatkan supaya makan secara bersederhana, tidak makan hingga
terlalu kenyang dan minum banyak air masak.

Kalau boleh,  tidak galakkan pesakit makan kurma ketika berbuka kerana
kandungan glukosnya (gula ringkas) sangat tinggi. Bagaimanapun jika mahu
makan, pilih kurma kering dan bersaiz kecil. Hadkan kepada dua biji saja dan
usah makan kurma basah kerana ia bersalut gula.

Jika mengalami tanda hipo atau hiperglisemia, anda disaran berbuka puasa,
terutama jika tandanya jelas walaupun waktu berbuka hanya tinggal 30 minit.
Pesakit disaran memilih makanan berkarbohidrat yang lambat mengeluarkan
tenaga seperti nasi (beras perang), pasta, oat, gandum, barli, kekacang
serta sayur-sayuran.

Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk tenaga, tetapi
ini bukan bermakna kita tidak boleh makan nasi putih. Jika makan nasi putih,
pastikan kuantiti sayur sama banyak dengan nasi. Jika nasi satu cawan, sayur
juga perlu satu cawan kerana kandungan serat dalam sayur berfungsi sebagai
penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula (tenaga).

Pesakit kencing manis juga perlu berhati-hati memilih buah-buahan kerana
kebanyakan buah-buahan tempatan mengandungi banyak gula. Kalau boleh,
kurangkan makan tembikai sama ada tembikai merah atau kuning, nanas,
cempedak, rambutan, nangka dan manggis; sebaliknya gantikan dengan epal,
plum, oren dan anggur.

Antara jenis makanan yang perlu dielak kerana menghasilkan tenaga dengan
cepat ialah kuih-muih tradisional yang manis seperti kuih lapis, buah
melaka, pengat dan bubur sumsum. Jika makan pengat sama pisang, ubi, labu
atau keledek; makanlah isinya saja.

Elak makanan berlemak, bergoreng dan banyak minyak. Pilih kaedah masakan
menggunakan sedikit atau tiada minyak seperti rebus, kukus, reneh dan bakar.
Gantikan gula pasir atau gula merah dengan gula tiruan dalam masakan.

Caranya, masak makanan anda tanpa gula. Masukkan gula tiruan sebelum makan.
Jangan masak gula tiruan kerana makanan jadi payau. Bagi makanan bergoreng
seperti nasi, mi atau mi hun goreng, makan dengan setengah piring sayur
hijau.

Menurut Pendidik Diabetis, Wong Yoke Lian, pesakit perlu memastikan berat
badan tidak bertambah atau berkurang secara keterlaluan sepanjang puasa.
Pesakit perlu maklumkan doktor jika berat badan bertambah melebihi dua
kilogram dalam masa dua minggu berpuasa kerana ia menandakan anda mengalami
dehidrasi.

Jika pada satu hari berat badan berkurang sebanyak tiga peratus, segera
berbuka puasa bagi mengelak dehidrasi. Penurunan berat badan mendadak dalam
masa sehari bermakna pesakit kehilangan banyak air. Contohnya berat badan
pada waktu pagi ialah 65 kilogram dan menjadi hampir 63 kilogram menjelang
petang, maka pesakit perlu berbuka puasa dan minum banyak air.

Gantikan air yang hilang melalui kencing dan peluh dengan minum banyak air
kosong pada waktu malam. Selain itu pada permulaan bulan puasa, tahap gula
dalam darah perlu diuji empat kali sehari iaitu:

a.. Sebelum bersahur.

a.. Dua hingga empat jam selepas bersahur.

a.. Sebelum berbuka.

a.. Dua hingga empat jam selepas berbuka.

Tahap gula ini penting untuk membolehkan pesakit atau doktor membuat
pengubahsuaian dos ubat dan insulin. Bagaimana hendak tahu sama ada ubat
anda cukup atau tidak? Periksa paras gula selama tiga hari (enam kali
sehari) selepas dua minggu mengambil ubat iaitu apabila bangun pagi (paras
gula puasa) dan selepas makan pagi, sebelum dan selepas makan tengah hari;
serta sebelum dan selepas makan malam.

Paras gula sepatutnya tidak melebihi 2 mmol/liter selepas makan (daripada
paras gula puasa). Jika paras gula dalam keadaan terkawal, bermakna dos ubat
mencukupi, tetapi jika terlalu tinggi menandakan ubat tidak cukup. Bincang
dengan doktor untuk mendapatkan dos ubat sesuai.

Pendidik Diabetis, Norlida Alias, menasihatkan pesakit kencing manis yang
ingin bersenam ketika berpuasa supaya mengukur paras gula dalam darah
terlebih dulu. Mereka hanya boleh bersenam jika paras gula melebihi 6
mmol/liter. Jika paras gula kurang daripada 5 mmol/liter, jangan bersenam
kerana pesakit boleh pitam.

Pakai pakaian longgar dan lakukan senaman memanaskan badan terlebih dulu.
Selepas berjalan 20 hingga 30 minit, duduk rehat dan lap peluh untuk
menurunkan suhu badan. Baca selawat tiga kali untuk menghilangkan dahaga.

Contoh hidangan berbuka puasa:

2 biji kurma (bersaiz kecil).

Lebih 2 gelas air masak.

1 gelas air sirap (kurang manis).

1 keping karipap.

1 cawan atau 2 senduk nasi.

1/2 piring sayur hijau.

Tomyam ayam.

Selepas isyak (atau terawih pada Ramadan):

1 keping kuih pedas.

Lebih 2 cawan air masak.

1 cawan teh susu rendah lemak dan kurang gula (jangan minum teh yang
dibancuh dengan susu pekat manis).

Sebelum tidur: Banyakkan minum air kosong.

Sahur:

1 cawan atau 2 senduk nasi.

1 ekor ikan masak asam pedas.

1/2 piring sayur hijau.

1/2 biji jambu.

Lebih 2 gelas air kosong.

Nota: nasi boleh diganti dengan roti pita, oat bran atau oat.

Leave a comment